Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Latihan ini mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer untuk urusan harian dan memacu peluang kearah menjadi usahawan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING

Aktiviti Terkini | 30 November 2019

Sepanjang Pertandingan Fast Typing ini dijalankan peserta yang terlibat adalah daripada ahli dan bukan ahli Pusat Internet Sungai Udang seramai 15 orang....baca selanjutnya

BENGKEL PENGENALAN KEPADA APLIKASI INTERNET

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Sepanjang Program para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik penggunaan digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Pada jangka masa panjang program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang dunia digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI FESTIVAL PEKAN BUDAYA

Aktiviti Terkini | 19 - 21 September 2019

Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti memperkenalkan Pi kepada agensi-agensi yang terlibat dan juga kepada pengungjung yang telah hadir ke ekspo ini. Pihak Pi juga telah menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah untuk diberi kepada pengungjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz klik dengan bijak, check value label, teka silang kata, sebenarnya.my, kutipan mobile e-waste, memberi hebahan dan mempromosikan siaran TV Digital Myfreeview. ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Sepanjang Pertandingan Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan ini dijalankan, peserta telah memberi sepenuh komitmen di dalam pertandingan dan memberi fokus kepada taklimat yang telah diadakan. Peserta yang terlibat adalah seramai 20 orang dan peserta juga didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang melibatkan komputer dan sejarah Malaysia....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2019

Sepanjang Pertandingan Mewarna bersama Tabika Kemas ini dijalankan, peserta telah memberi sepenuh komitmen di dalam pertandingan dan memberi fokus kepada taklimat yang telah diadakan. Peserta yang terlibat adalah seramai 20 orang....baca selanjutnya

JAMUAN RAYA BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Sepanjang program para kanak-kanak, guru-guru dan ibubapa dihidangkan dengan pelbagai makanan yang menarik sempena menyambut hari raya aidilfitri. Pada program ini juga peserta yang terlibat didedahkan dengan “Klik dengan Bijak” bagi memberi pendedahan kepada teknologi maklumat yang semakin mencabar sekarang....baca selanjutnya

BENGKEL ONLINE MARKETING (FACEBOOK)

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2019

Sepanjang program, para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Pada jangka masa panjang program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SERI DUNGUN

Aktiviti Terkini | 02 April 2019

Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai slot yang dijalankan seperti memperkenalkan Pusat Internet kepada semua pelajar dan guru-guru, memberi pendedahan dan kesedaran penggunaan internet, kuiz dan lain-lain....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2019

Sepanjang Pertandingan Puzzle Online ini dijalankan peserta telah memberi sepenuh komitmen di dalam pertandingan dan memberi fokus kepada taklimat yang telah diadakan. Peserta yang terlibat adalah seramai 20 orang....baca selanjutnya

Bengkel Online Marketing (Facebook)

Aktiviti Terkini | 12 Febuari 2019

Sepanjang Program para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Pada jangka masa panjang program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara...baca selanjutnya

Bengkel Microsoft Excel Bersama Pejabat Pertanian

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Menyediakan kemahiran dan pengetahuan tambahan mengenai aplikasi microsoft excel dan meningkatkan lagi tahap prestasi kerja dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti