Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan MPKK yang baru dilantik serta penduduk setempat...baca selanjutnya

PERARAKAN & KUIZ SEMPENA MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini | 24 November 2018

Program ini adalah salah satu aktiviti Pusat Internet (PI) Sg Udang bagi tahun 2018. Secara umumnya program ini menggalakkan peserta untuk menanam sifat cintakan Rasulullah dari dalam diri masing-masing dengan berarak di seluruh kawasan kampung memakai pakaian lengkap baju melayu sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Di samping itu, program ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti menjaga kebersihan alam sekitar berdasarkan aktiviti gotong-royong yang dijalankan. Akhir sekali, akan diadakan aktiviti kahoot Maulidur Rasul bersama peserta....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENAIP PANTAS

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2018

Sepanjang Pertandingan Menaip Pantas ini dijalankan peserta yang terlibat adalah daripada ahli dan bukan ahli Pusat Internet Sungai Udang seramai 15 orang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE SEMPENA HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 24 September 2018

Sepanjang Program Pertandingan Puzzle Online ini dijalankan peserta dan guru daripada Tadika Kemas Tanah Lot dan Sungai Buaya memberi fokus kepada taklimat yang telah diadakan. Pelajar yang terlibat adalah seramai 30 orang....baca selanjutnya

HARI MERDEKA DESA KELUARGA DUNGUN 2018

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Pusat Internet dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) cawangan Dungun telah mengadakan sambutan kemerdekaan bersama komuniti Flat Desa Keluarga Bijangga Dungun....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN DUNGUN

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2018

Pusat Internet Gong Chengal bekerjasama dengan Pusat Internet Sungai Udang, Cendering dan Kemasik mengadakan Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Dungun. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI1m, menjawab soalan klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN REKA CIPTA KAD DAN SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018

Pertandingan reka cipta kad dan sampul duit raya dilaksanakan sempena menyambut hari raya aidifitri. Peserta dikehendaki membersihkan kawasan sekitar Pusat Internet Sg Udang dan juga menghiasnya dengan cantik. Kemudian Peserta diberikan pendedahan kepada komputer untuk menyiapkan tugasan masing-masing dengan menggunakan laman social seperti google dan juga Microsoft word....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TULISAN KHAT

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Pertandingan tulisan khat anjuran Pusat Internet Sg Udang adalah untuk mendidik serta memberikan pendedahan kepada semua masyarakat tentang tulisan khat amat penting kepada masyarakat kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan seterusnya memberikan kemahiran kepada masyarakat untuk menulis khat. Bagi pertandingan tulisan khat ini ia mengunakan komputer dan perisian yang akan digunakan adalah microsfoft excel....baca selanjutnya

PROGRAM PENGENALAN MICROSOFT OFFICE

Aktiviti Terkini | 28 April 2018

Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti memperkenalkan Pi1m kepada agensi-agensi yang terlibat dan juga kepada pengungjung yang telah hadir ke ekspo ini. Pihak Pi1m juga telah menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah untuk diberi kepada pengungjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz klik dengan bijak, check value label, teka silang kata, sebenarnya.my, kutipan mobile e-waste dan lain-lain....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI FESTIVAL PEKAN BUDAYA

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Mac 2018

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengungjung yang hadir ke booth Pusat Internet 1Malaysia seperti teka silang kata, dam ular ICT, mencari perbezaan gambar, Kuiz Klik Dengan Bijak dan Check Your Label....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PEJABAT DAERAH DUNGUN, TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2018

Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai slot yang dijalankan seperti memperkenalkan PI1M kepada semua kakitangan awam, memberi pendedahan dan kesedaran penggunaan internet,demo 3D Printer, kahoot dan lain-lain....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018

Sepanjang program ini semua penduduk kampung diberikan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma oleh doctor yang bertauliah. Sekiranya terdapat masalah mata, doctor akan membuat surat untuk dirujuk kepada hospital yang berdekatan. Bagi yang ada masalah mata biasa, Pro Eye Care Optometry menyediakan jualan cermin mata dengan harga yang berpatutan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti