PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM MERDEKA DENGAN KERJASAMA TASKA PERMATA KELUARGA TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016Tujuan :
• Peserta dapat menyemai semangat 1 Malaysia.
• Peserta dapat menanam sikap sayang dan cinta kepada negara.
• Peserta dapat mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
Kebaikan aktiviti seperti ini adalah penyelia PI1M dapat mengenali penduduk kampung dengan lebih dekat untuk memperkenalkan PI1M kepada mereka terutama untuk menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT & keusahawanan.
Acara bermula sekitar jam 930 pagi bertempat di dalam Taska Permata Keluarga Bijangga Dungun dengan kehadiran ibu bapa dan kana-kanak.
Persembahan bacaan sajak dan lagu jalur gemilang daripada ahli Pusat Internet 1 Malaysia Sg. Udang
Persembahan lagu Gummy Bear Song oleh kanak-kanak Taska Permata Keluarga Bijangga
Antara pakaian yang diperagakan oleh kanak-kanak taska sewaktu pertandingan Fashionista berlangsung
Acara berakhir dengan penyampaian hadiah daripada pihak taska kepada peserta yang terlibat