MENDEKORASI PI1M SEMPENA HARI RAYA
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2016Tujuan :
• Peserta dapat meningkatkan daya kemahiran berfikir secara kreatif.
• Peserta dapat belajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.
• Peserta lebih mendekati agama Islam.
Kebaikan aktiviti seperti ini adalah Penyelia PI1M dapat mengenali penduduk kampung dengan lebih dekat untuk memperkenalkan PI1M kepada mereka terutama untuk menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT & keusahawanan.
Acara bermula sekitar jam 10.00 pagi bertempat di dalam Pusat Internet 1 Malaysia Sg Udang, kanak-kanak sedang membuat kad Hari Raya Aidilfitri
Acara ini di sertai oleh penduduk kampung dan sekitar kampung sg udang di kalangan murid lelaki dan juga perempuan
Peserta yang terlibat bertungkus lumus menghias Pi1m sempena menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi
Makanan iaitu mee kari di agihkan kepada peserta untuk juadah berbuka puasa
Acara mendekorasi Pi1m berakhir sekitar jam 4.00 petang